Rabu, Disember 16, 2015

4 Tahun Menanti, Zuriat Bersama Isteri Pertama Makbul Doa Ashraf Muslim


Pelakon dan selebriti Ashraf Muslim selamat menimang cahaya mata ketiga dan yang pertama bersama isteri pertamanya, Noor Dayana. Terdahulu, Ashraf yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air dengan kisah perkahwinan keduanya bersama Wan Sakinah, mempunyai dua orang cahaya mata, yang mana, salah seorangnya juga dilahirkan pada tahun ini. Hebat Abam Ashraf kita, tahniah ya!


Syukur pada Allah isteri dan anak dalam keadaan sihat. Buat masa sekarang, kedua-duanya masih dirawat di hospital. Sepanjang proses bersalin, saya ada di sisi isteri. Apabila anak dilahirkan, saya sangat terharu. Bukan apa, penantian selama 4 tahun termakbul juga. Ini adalah rezeki berganda buat saya.Apabila keluarga semakin besar, saya perlu urus dengan baik. Pada waktu sama, saya kena buat banyak persediaan.

1 Komentar:

Write Komentar
16/12/15 11:24 PTG delete

murah rezeki beliau kan..

Reply
avatar