Jumaat, Disember 11, 2015

[4 Gambar] Marian Rivera Kini Bergelar Ibu Hasil Perkongsian Hidup Bersama Dingdong Dantes



Kenal dengan pelakon Marian Rivera? Si cantik manis dari Filipina! Pelakon wanita popular ini turut terkenal di Malaysia dengan telenovela-telenovela lakonannya yang mendapat sambutan ramai yang sering ditayangkan di TV3 dan Astro. Paling terkini baru sahaja telenovela Carmela lakonan Marian Rivera tamat siarannya di TV3 menerusi Slot Telenovela.


Marian sudah bernikah dengan teman lelakinya, yang juga seorang pelakon yang sering digandingkan bersamanya sebagai hero dan heroin dalam kebanyakan telenovela, Dingdong Dantes. 



Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberikan nama Maria Letizia yang dilahirkan pada 23 November yang lalu. Comel sungguh Maria ni! Mana taknya, tengok mak dia dah cukup kan! Jom, tengok beberapa gambar menarik dan terkini Maria Letizia yang baru sahaja berusia beberapa hari ini!