Jumaat, November 06, 2015

Ziana Zain Tak Kisah Guna Kain RM4 Semeter!


Ziana, dia berbesar hati untuk menolong anak muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia fesyen kerana dia sendiri mempunyai minat serupa. Padanya, bantuan promosi sebeginilah yang termampu dibuat untuk menolong pereka baru mendapat pendedahan dan promosi dalam khalayak yang lebih besar.

“Saya tidak kisah pakai baju rekaan pereka baru. Saya tidak cerewet. Saya tak nak jadi cerewet. Saya lebih suka ianya menjadi satu situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak. Kedua-duanya mendapat manfaat dari perkongsian yang dibuat. Kenapa tidak?


“Sekurangnya dapat juga menambah hasil jualan pereka-pereka baru ini. Mereka ada idea rekaan yang bagus tapi masih memerlukan wajah ilham atau muse untuk rekaan mereka. Sebab itulah mereka perlukan artis dan selebriti untuk memakai rekaan dihasilkan.”

Dia tidak pernah mempunyai sentimen bahawa material yang murah atau kelulusan dari mana-mana institusi pengajian tinggi sebagai mempunyai kelas tertentu. Apa yang lebih penting adalah bakat dan olahan idea pereka itu sendiri dalam memastikan persalinan yang dihasilkan mampu terlihat mahal dan berkualiti.

“Walaupun mereka berkelulusan universiti tempatan, dengan kain RM4 semeter, saya tetap akan pakai. Itu yang terjadi pada Rizman Ruzaini dulu. Saya tolong dia. Tengok sekarang rezeki dia makin melimpah-ruah. Rezeki orang siapa yang tahu, kan?