Khamis, November 05, 2015

Ziana Zain Bukan Hak Eksklusif Rizman Ruzaini


Biarpun sudah mencapai taraf ‘diva’ dalam persada seni tempatan, Ziana Zain realitinya tidak kisah untuk menyarung pakaian yang dihasilkan mana-mana pereka muda asalkan hasil kerja tangan mereka itu cantik pada pandangan matanya.


“Saya banyak dapat panggilan telefon dari pereka muda yang berminat mahu saya memakai rekaan mereka. Kadang-kadang ramai antara mereka teragak-agak untuk hubungi saya sebab takut saya terikat dengan Rizman Ruzaini.

“Tidak, saya sedia pakai baju sesiapa saja asalkan cantik dan menepati citarasa saya. Rizman ada juga cakap kadang benda ini kelakar dan kasihan juga dengan mereka,” kata Ziana lagi yang menegaskan tiada langsung perjanjian atau kontrak dengan mana-mana pereka untuk menyediakan baju yang akan dipakainya.