Isnin, November 02, 2015

Ziana Zain Belum Sedia Tampil Jenama Pakaian Sendiri


Penyanyi terkenal Ziana Zain belum bersedia untuk tampil dengan koleksi pakaiannya sendiri meskipun mendapat banyak permintaan daripada peminatnya. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, sebelum tampil dengan sesuatu produk dia ingin mendalami dunia fesyen dan mengutip ilmu perniagaan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu produk.


"Saya boleh keluarkan produk atau jenama pakaian sendiri jika saya mahu tetapi saya enggan melakukannya hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' kerana ia tidak akan berjaya. Bidang perniagaan memerlukan ilmu dan strategi yang betul kerana tanpa perkara itu rasanya usaha saya nanti akan jadi sia-sia," katanya kepada mStar Online