Isnin, November 02, 2015

Ungku Ismail Mula Demand; Mahu Jaga Eksklusif


“Sekarang ini sudah terlalu banyak karya yang sifatnya ‘biasa-biasa’ saja ditayangkan di televisyen. Rata-ratanya bersifat hiburan semata-mata.

“Saya mahu lari daripada aliran itu. Jadi saya perlu memilih karya yang boleh memberi manfaat kepada penonton.


“Saya yakin dengan kehebatan karya dan ditambah dengan kemantapan seseorang pelakon itu menjadikan sesebuah naskhah berkesan di hati penonton.

“Sebab itu kini saya menjaga eksklusif diri. Saya perlu menapis setiap tawaran yang mendatang kerana itu yang akan mencerminkan diri saya pada masa depan,” katanya tentang keinginan untuk ke layar perak satu masa nanti.


Mengulas lanjut, Ungku Ismail memberitahu, dia berbesar hati untuk mempertimbangkan tawaran yang mengkehendaki dirinya menjiwai watak berat sebagai langkah awal ke layar perak.