Rabu, November 11, 2015

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih...


Ada saatnya hati ini terasa pedih. Jiwa terasa berat... Sarat dengan ujian. Lelah sebenarnya menghadapi setiap kepayahan yang sering menghujani kehidupan. Terkadang, rasa dunia ini tidak adil. Kenapa dalam ramai-ramai manusia di dunia ini, hanya aku yang terpilih untuk menghadapi semua ini? Soalan ini boleh jadi terlepas daripada bibir kita. Namun, dalam kesedihan, kata-kata itu perlu dijaga, waima hanya melintas di dalam hati. Takut merosakkan pegangan iman.


Hari ini, kesedihan itu ibarat kulit, dan kita adalah daging. Melekat dan mengekori sentiasa. Tetapi ketahuilah sahabat, Allah takkan menguji mengatasi kesanggupan penerimaan hambanya. Sabarlah. Bersabarlah. Memang mudah untuk mengungkap, dan payah untuk ditelani. Namun, ketahuilah ganjaran indah menantimu di sana. Di syurga Allah.



Jangan kau basahkan pipimu dengan air mata kerana beratnya ujian. Sebaliknya, turunkan air mata itu mengenang kebesaran Tuhan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sentiasalah positif, kita tidak dapat mengawal semua perkara, tetapi Allah mampu mengaturkan setiap sesuatu. Jangan bersedih wahai hati, pertolongan Allah itu dekat dan Dia sentiasa ada bersamamu...

1 Komentar:

Write Komentar
11/11/15 8:25 PG delete

Alllahuakbar .... Pernah kena rase cam nie .... Nasib iman senipis kulit bawang nie masih ada ... Terdetik jugak dalam hati "Aku tak kacau orang kenapa ujian bertimpa-timpa kat aku" ... Tapi kalau sekarang nie tiba-tiba teringat persitiwa tu, masih terasa sebak meleleh air mata ... Perempuan dan airmata memang tak dapat dipisahkan ...

Reply
avatar