Isnin, November 23, 2015

Tayang Perut Bukan Masalah Buat Raja Ilya!


Raja Ilya bakal berlakon di Bollywood bersama produksi negara pengeluar filem terbanyak di dunia itu bersama pelakon hebat Kajol.

“Rasa gementar sangat dapat berlakon dengan Kajol. Saya tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan dia. Tak dapat nak bayangkan buat pertama kali jumpa dengannya. Masakan tidak, sejak dari kecil suka tengok lakonannya. Kami akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan juga Mumbai, India nanti.


Membawakan watak sebagai wanita Punjabi dalam filem itu nanti, Raja Ilya turut memakai sari yang menyerlahkan perutnya.

“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” ujar pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan itu.