Rabu, November 11, 2015

Siti Nordiana Tahan Perasaan Nyanyi Memori Berkasih Di Gegar Vaganza



Persembahan penyanyi Siti Nordiana pada konsert rancangan hiburan, Gegar Vaganza ternyata mengubat kerinduan peminat kepada penyanyi duet asal Achik Spin yang meninggal dunia  pada tahun 2010.

Sehingga hari ini, video persembahan nyanyian lagu 'Memori Berkasih"  Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana bersama vokalis kumpulan Kristal, Razlan masih mendapat perhatian dan pujian netizen. Nana yang berjaya menjiwai nyanyiannya pada konsert itu turut mengudang rasa sedih dan terharu penonton dan netizen.


Siti Nordiana memberitahu, dia menahan rasa sebak sepanjang menyanyikan lagu tersebut bersama Razlan di pentas Gegar Vaganza.

“Memang tak sama ‘feel’ menyanyi dengan Razlan dan arwah...Tapi perasaan sedih tu tiba-tiba datang di atas pentas tadi.

“Mujur saya dapat mengawal emosi dengan baik, kalau tidak pasti saya akan rosakkan persembahan tersebut,” katanya dipetik Asto Gempak

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati netizen turut berkongsi rasa sedih dan mengaggap nyanyian tersebut mengubat kerinduan kepada penyanyi asal, Achik. - Sinar