Rabu, November 04, 2015

Siaran TV Digital Percuma (MYTV) Bermula Sepenuhnya Awal Tahun Depan


Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.


Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.


"Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik, katanya kepada pemberita selepas seminar Label Pengguna Alat Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini. - mstar

1 Komentar:

Write Komentar
muja
AUTHOR
4/11/15 9:48 PG delete

im so getting that tv hehee

Reply
avatar