Khamis, November 12, 2015

Sharnaaz Ahmad Intai Peluang Ke Hollywood


Baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2015, Sharnaaz Ahmad berkongsi cerita bahawa dia akan melebarkan sayap dalam bidang lakonan di Hollywood tidak lama lagi. Ini penjelasan Sharnaaz tentang perkhabaran itu.


“Saya mahu ke Hollywood. Ada beberapa uji bakat yang dihadiri tetapi saya tak mahu beritahu produksi mana. Apa-apa pun nanti dulu, masih terlalu awal untuk dikongsikan. Jika saya dapat peluang itu juga, semestinya saya akan buat sehabis baik,” katanya yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Aeril Zafrel juga dikhabarkan akan berlakon dalam produksi Hollywood, namun kemudian berita itu sunyi sepi sahaja...