Khamis, November 12, 2015

Sampai Masanya Lisa Surihani Akan Dedah Wajah Anak...


Lisa Surihani menjelaskan tidak ada unsur eksklusif seperti yang diuar-uarkan sebelum ini untuk mendedahkan wajah puteri sulungnya itu tetapi akan mendedahkan wajah bayinya itu apabila tiba waktu yang sesuai.


“Tiada unsur eksklusif kerana dia terlalu muda untuk didedahkan kepada umum, bila tiba waktu yang sesuai saya akan memperkenalkannya. Apa sahaja perkara yang saya buat kami akan berbincang terlebih dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Anugerah Skrin 2015 (ASK2015).