Selasa, November 03, 2015

Salman Khan Tak Mahu Kahwin!


Salman Khan pernah membuat kontroversi selepas pengakuannya dia seorang lelaki yang masih teruna menerusi program ‘Koffee With Karan’, terbaru pelakon berusia 48 tahun ini sekali lagi mengejutkan dunia hiburan Bollywood dengan pengakuannya tidak mahu berkahwin.

Menurut Salman Khan atau nama penuhnya Abdul Rashid Salim Salman Khan ini, dia lebih selesa hidup ‘single’ tanpa sebarang komitmen seperti orang yang sudah berumahtangga.


“Aku sehingga kini masih single dan bebas untuk melakukan semua benda yang aku suka. Aku tidak perlu terikat dengan mana-mana wanita tetapi tidak menolak untuk menerima cinta dari mereka.  Tapi mereka tidak boleh mengharapkan sesuatu dari diriku,” jelas Salman Khan kepada pihak media.

Tambah Salman lagi, dia bukan seorang yang fobia apabila berbicara tentang cinta sehingga tidak mampu memberikan komitmen, sebaliknya dia lebih gembira untuk hidup keseorangan tanpa sebarang komitmen.


“Tidak bermaksud aku tidak mahu berkahwin. Jika sudah tiba waktu aku berkahwin, aku akan beri komitmen dan perhatian sepenuhnya buat wanita pilihanku. Cuma sekarang ini aku masih belum bersedia untuk bercinta atau beri komitmen terhadap mana-mana wanita,” ujarnya lagi.