Rabu, November 04, 2015

Pelakon Ika Nabella Ditumbuk Pengarah Drama Terkenal!


Insiden pukul yang kononnya melibatkan seorang pengarah terhadap pelakon Ika Nabella telah menyebabkan penggambaran drama berkenaan iaitu Dawai Asmara terbitan Suhan Movies terpaksa ditangguhkan.




Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ika Nabella terhadap pengarah drama itu, Azma Aizal Yusoof.

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.