Rabu, November 25, 2015

Nur Aurora Nama Anak Kedua Farid Kamil Dan Diana Danielle; Dedah Wajah Bila Tiba Masa


Pelakon Farid Kamil mendedahkan nama anak keduanya yang baru dilahirkan 19 November lalu sebagai Nur Aurora. Menurutnya, Nur Aurora dilahirkan dengan berat 3.29 kilogram (kg) di Hospital Pantai Kuala Lumpur. "Alhamdulillah, nama Nur Aurora dipilih yang membawa maksud cahaya fajar. Diana kini sedang berehat dan bayi juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.


"Apabila waktunya sesuai saya akan berkongsi lebih lanjut tentang keadaan bayi termasuk gambarnya yang terkini," katanya pada sidang akhbar filem Langit Cinta sebentar tadi. Pada 19 November lalu, Diana Danielle selamat melahirkan anak keduanya dengan menggunakan teknik bersalin dalam air di Hospital Pantai.

Diana, 24, merupakan artis tempatan pertama yang menggunakan teknik yang tersebut. - Kosmo!


1 Komentar:

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
25/11/15 9:56 PTG delete

nama aurora mmg tgh in trend skank :)


JOM JOIN GA LIKE DAN MENANG PS IKEA PERLIS
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

Reply
avatar