Selasa, November 03, 2015

Neelofa Perjelas Isu Pemecatan Stokis


Pelakon dan pengacara, Neelofa, 26, menegaskan isu pemecatan stokis jenama tudung miliknya, Naelofar Hijab berlaku ekoran pelanggaran perjanjian kontrak oleh seorang stokis syarikat tersebut, Anis Barokah. Beliau berkata, tuduhan tanpa usul periksa terhadap dirinya merupakan satu fitnah tidak berasas. Kenyataan beliau itu hadir selepas Anis Barokah mendakwa pihak Neelofar Hijab menggelapkan wang stokis, memecat tanpa amaran dan tidak menjaga kepentingan pekerja menerusi laman sosial Instagram.


“Apa yang menjadi viral di media sosial kini merupakan satu fitnah," kata beliau pada sidang akhbar khas Naelofar Hijab di Taman Tun Dr. Ismail hari ini. Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Nor berkata, Anis Barokah telah melakukan kesalahan dengan mengambil tempahan awal dengan mengambil bayaran ketika stok tudung tiada.

Sehubungan itu, pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas stokis itu kerana melanggar perjanjian jual beli. "Pelanggan yang tertipu belum membuat laporan polis. Oleh itu Naelofar Hijab tidak boleh membuat laporan polis bagi pihak pelanggan. - Kosmo!


1 Komentar:

Write Komentar
sheAYANG
AUTHOR
5/11/15 11:14 PG delete

Kesian. Tak pasal2 je.

Reply
avatar