Selasa, November 03, 2015

Lelaki Ini Selar Tindakan Perempuan Mahu Doktor Kacak Sambut Kelahiran!


Kewujudan Dr. Say Shazril yang sado tu memang Muz dah tahu lama dah, since dia masih study dan belum kahwin lagi. In fact, dia pernah jadi cover majalah Maskulin pun. Jadi, bila kecoh golongan perempuan meroyan sebab Dr. Say Shazril, Muz pun pelik juga. Rupa-rupanya Dr. Say Shazril berada di konti bersama Fara Fauzana dan AG, dalam segmen HotFM AMKrew. Entahlah, eja betul atau tak segmen tu, Muz tak dengar radio lama dah, apatah lagi waktu pagi masa kerja!


Nak dipendekkan cerita, kalau nak tahu sesuatu yang sedang viral pada waktu semasa, dan kita pula tak berapa nak tahu, search saja key point di Twitter, dan ternampaklah golongan perempuan yang meroyan, sampai ada yang up status tengah menjamu mata body Dr. Say Shazril di kala itu, siap mohon maaf sebab lagha. 


Lebih parah, ada pula yang sanggup berbidankan doktor lelaki itu, pada saat ramai wanita berusaha mencari doktor wanita ketika proses melahirkan zuriat. Ini merupakan luahan seorang netizen yang wajar ditelusuri! Muz tak dengar, jadi tak tahulah betul atau tidak caption yang diluahkan oleh Netizen di bawah ini, tapi ststusnya telah dikongsi ramai dalam laman sosial.


Komen-kome yang diluahkan pada status tersebut, rata-rata berasa kecewa dengan kenyataan sebegitu rupa yang keluar daripada mulut seorang wanita Muslimah.

1 Komentar:

Write Komentar
muja
AUTHOR
4/11/15 10:10 PG delete

kalau mujalah.. seriously... tak tergoda sangat pun tengok body lelaki 6 pax bagai ni.. and still, bila nak give birth, nak doktor perempuan. hope my mum will also be there. :)

Reply
avatar