Ahad, November 01, 2015

Konsert Gegar Vaganza Minggu Ketiga; Zul Handy Black & Ezlynn Tersingkir


Seksa juga nak menyanyi lagu yang bukan genre sendiri. Lagi seksa kita yang nak mendengar kalau sumbang bunyinya. Tema Ada Berani? memang betul-betul menguji persembahan dan kebolehupayaan para peserta Gegar Vaganza Musim 2 memberikan persembahan yang terbaik. Dua belas penyanyi profesional cuba berikan yang terbaik. Bagi pilihan peribadi, Muz sukakan persembahan Nassier Wahab (Kau Pergi Tanpa Pesan) dan Haiza (Istilah Bercinta). Yang lain tu tak berapa nak cengkam hati Muz malam ni. Hehe. Bagimanapun, keputusan juri meletakkan, Ezlynn dan Zul Handy Black terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjuangan.


Menariknya, minggu hadapan menyaksikan persembahan duet peserta Gegar Vaganza dengan artis undangan! Wow! Tapi minggu depan, ada Anugerah Skrin. Tak pernah-pernah ASK buat hari Ahad, selalu Jumaat, sajalah tu, nak kacau rating Gegar Vaganza! Huhu...