Selasa, November 03, 2015

Kolaborasi Ziana Zain Dan Zatu Emerald Hasilkan 12 Koleksi Pakaian Wanita


Ditemui pada pelancaran Zayyen Ziana Zain By Zatu Emerald di Flora Terrace dekat sini, Jumaat lalu. Kolaborasi itu memperlihatkan Ziana bersama pemilik Zatu Emerald, Datuk Nurol Huda Ma'son berkolaborasi menerusi 12 koleksi pakaian wanita yang direka khas untuk pelbagai golongan dan peringkat umur pada harga berpatutan. Dalam pada itu, Ziana berkata, dia terharu apabila dipelawa oleh pihak Zatu Emerald untuk berkerjasam dalam projek berkenaan kerana sejak dahulu dia memang meminati dunia fesyen.


Malah kata Ziana, dia teruja apabila diberi peluang untuk mereka pakaian tersebut dengan bantuan pereka dalaman jenama berkenaan dan menganggap ia satu proses pembelajaran untuknya. "Saya banyak dapat input menerusi kerjasama ini terutamanya tentang pemilihan fabrik selain strategi pemasaran produk. Ia amat berguna kepada saya sekiranya ingin tampil dengan produk sendiri pada masa hadapan

"Bukan mudah sebenarnya kerana dalam perniagaan kita perlukan pasukan yang benar-benar cekap dalam merialisasikan objektif kita," ujarnya.

1 Komentar:

Write Komentar
Cik Tie
AUTHOR
3/11/15 12:47 PTG delete

tak sabar nak tengok ..

Reply
avatar