Rabu, November 04, 2015

Kakak Neelofa Bukan Syok Sendiri!


Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila menegaskan dia bukanlah mahu 'syok sendiri' apabila memuat naik foto-foto mesranya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.




Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Md.Noor, 30, berkata, hubungan istimewa yang terjalin dengan aktor itu sejak lima bulan lalu adalah atas rasa keikhlasan kedua-dua belah pihak.


"Saya sedar bila saya muat naik gambar kami bersama ramai pengikut laman sosial menyifatkan saya hanya syok sendiri sedangkan hubungan istimewa yang terjalin antara kami adalah lahir secara ikhlas.

"Saya pernah beritahu dia kalau ada wartawan bertanya tentang hubungan ini, saya akan berterus terang dan tidak mahu orang beranggapan saya hanya syok sendiri," ujarnya kepada mStar Online.