Isnin, November 09, 2015

Hubungan Zul Ariffin Dan Gayatri Sudah Lama Berakhir


Mungkin sudah ramai yang menjangkakan jawapan yang diberikan oleh Zul Ariffin mengenai status sebenar hubungannya bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai. Melalui portal Malaysian Digest, Zul mengakui bahawa hubungan mereka sudah lama berkakhir.


“Saya dengan dia (Gaya), kami sudah lama tiada apa-apa hubungan. Masing-masing pun dah move-on,” jelasnya terhadap hubungan yang sudah terjalin selama tiga tahun itu. Dalam masa yang sama, pelakon ini menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zahirah MacWilson, baru berputik. “Kami masih baru sangat. Rapat. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih. Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu”

“Sebagai seorang anak seni, itu antara cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi di mana orang seperti kami sentiasa diperhatikan,” jelasnya kepada portal berkenaan. Jawapan Zul akhirnya memberikan status sebenar hubungannya bersama bekas kekasih dan juga Zahirah. - Rotikaya

1 Komentar:

Write Komentar