Isnin, November 30, 2015

Hanyut Dengan Media Sosial?; Doktor Ini Kongsi 9 Cara Selesaikan Masalah Belajar Di Universiti!



Lynaa, seorang pelajar sebuah universiti termpatan tanyakan saya (PM) soalan berikut semalam: "Dr. sejak akhir-akhir ni saya sering abaikan pelajaran. Impian saya nak berjaya Semester 2 memandangkan Semester 1, saya dapat pointer yang sederhana saja. Banyak masa saya habiskan dengan telefon. Sy rasa banyak sangat perubahan pada diri saya sejak saya ada telefon. Saya mula guna smartphone lepas SPM, banyak masa saya terbuang.. Dengan Facebook, WhatsApp,.."



"Apa yang patut saya buat? Kadang, saya terfikir nak uninstall semua application daalam telefon, tapi banyak juga grup yang bermanfaat termasuk grup kelas .. Harap sangat Dr. dapat beri saya nasihat Dr. yang sangat berguna."


TANYA SEORANG PELAJAR UNIVERSITI ...Dia Semakin Hanyut Dengan Media Sosial !


Masalah Lynaa boleh dileraikan dengan:


  1. Buat satu ketetapan berapa CGPA anda benar2 mahu apabila graduate nanti. Anda kini di Semester 2, bermakna anda ada lagi 4 - 6 Semester, mencukupi untuk memadam kalau CGPA Semester 1 yang lalu amat lemah. Tulis. Tampal kat dinding depan tempat studi.
  2. Buat satu lagi ketetapan, tiap kali studi TUTUP TERUS telefon anda. Kalau ada panggilan penting orang berkenaan sama ada akan call berulang kali atau tinggalkan mesej. TUTUP HP semasa dalam kuliah, TUTUP HP ketika dalam perpustakaan, TUTUP HP ketika buat assigment, TUTUP HP semasa studi ... Malah TUTUP HP semasa tidur (atau sekurang-kurangnya bisukannya) agar tiada sebarang gangguan agar tidur cukup dan berkualiti untuk boleh beri tumpuan dalam kuliah esoknya. 
  3. Cari kawan yang MEMBANTU, yang sama-sama ada cita impian yang hebat, yang sama-sama nak dan rajin belajar, yang sama-sama berdisiplin ketika studi dan yang sama-sama TAK NAK BUANG MASA. Biasakan dan beranikan diri berkata "NO" kpd ajakan kawan yang tidak berfaedah dan membuang masa kita saja.
  4. Usah bergantung ke atas kawan. Berdikari. Sesetengah pelajar hanya akan ke library, hanya akan ke aktiviti akademik tertentu ... Malah hanya akan buat perkara tertentu kalau "kawan ikut sama". Jika perkara itu penting, ada kawan atau tidak ada kawan, teruskan. Biar keseorangan kerana champions are always alone at the beginning.
  5. Tidur cukup. Ia memberi tenaga. Elak melayan telefon time tidur.
  6. Bersarapan pagi. Ia memberi tenaga
  7. Ambil masa bersukan / eksesais. Ia memberi tenaga.
  8. Banyak berdoa. 
  9. Setiap minggu call mak atau ayah. Ia sentiasa memberi kesedaran pada kita bahawa ibu dan ayah sentiasa mengharapkan kejayaan anaknya.

Memadailah setakat ini.
Hanya Allah yang tahu segala-galanya.
Selamat maju jaya Lynaa.

Top of Form

Kredit: Facebook Dr. Shukri Abdullah


1 Komentar:

Write Komentar
1/12/15 2:13 PG delete

Huda wajib amalkan tips2 ni sebab huda pon mengalami masalah yang sama T_T

Reply
avatar