Isnin, November 09, 2015

Hans Isaac Kecewa Gelaran Bujang Terlajak Ketika Dipanggil Ke Pentas Anugerah Skrin 2015


Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Hans Isaac meluahkan kekecewaan apabila status dirinya yang masih bujang dan belum berkahwin sering dijadikan momokan ketika dipanggil menyampaikan anugerah. Perkara yang sama, berulang semalam di Anugerah Skrin 2015. Pengacara pada malam ASK 2015, sekali lagi menyentuh perihal dirinya yang masih bujang meski umur melewati 40-an.


Hans dalam pada itu berkata dalam akaun sosial instagramnya, bahawa terdapat pelbagai cara lagi untuk mempersilakan dirinya sebagai penyampai anugerah.  Luahnya...


Sedih setiap kali saya di kenalkan atas Pentas utk live show dimana MC/host Atau script writer live shows harus sebutkan yg saya belum kahwin dan masih Bujang. Tak sekalipun saya dikenalkan sebelum naik Ke Pentas dengan usaha kemenangaan saya sebanyak 17 award & lebih 35 film Lakonan/Arahan & Terbitaan saya :(

Betul juga apa yang dikatakan Hans Isaac tu. Tak berkahwin bukanlah satu isu yang besar sangat pun, sebab yang berkahwin pun belum tentu bahagia dan tenteram, tak payah tengok jauh, tengok life salah seorang pengacara ASK 2015, semalam pun dah cukup!