Rabu, November 04, 2015

Elak Diri Ditemui Dengan Mudah Cara Neelofa Jaga Eksklusif Diri



Pelakon dan pengacara Neelofa memberitahu cara dia menjaga nilai eksklusif dirinya ialah dengan bersikap lebih selektif dalam menghadiri majlis-majlis tertentu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, berkata, langkah itu menyebabkan dia tidak mudah ditemui di mana-mana acara dan seterusnya dapat menjaga nama baik dirinya dan perniagaan.


"Langkah yang saya lakukan itu adalah berdasarkan apa yang kita pilih, saya lebih bersikap memilih untuk hadir di majlis-majlis dan utamakan yang penting sahaja.

"Saya tidak mahu orang bertemu saya dengan mudah di mana-mana. Saya mementingkan majlis yang memberi brand dan profil yang bagus kepada saya," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

2 Komentar

Write Komentar