Sabtu, November 28, 2015

Belanja RM35 Juta Untuk Majlis Perkahwinan



Ahli perniagaan India terkemuka dari Kerala, Ravi Pillai, dilaporkan membelanjakan Rs550 juta (RM35.1 juta) untuk majlis perkahwinan anak perempuannya yang diadakan sehingga lewat kelmarin.

Majlis perkahwinan gilang-gemilang itu diadakan untuk anaknya, Dr Arathi dengan Dr Adithya Vishnu.

Pillai, 62, dan isterinya Geetha juga mempunyai seorang anak lelaki.
Antara selebriti dan golongan VVIP yang menghadiri majlis berkenaan, termasuk anggota keluarga diraja dari negara Teluk, serta beberapa bintang Mollywood (perfileman Malayali) dan ahli perniagaan.