Sabtu, November 28, 2015

Bekas Vokalis Kumpulan Terkenal Mengaku Kahwin Dua!


Bekas penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Megat Effendy Zakaria atau Andy, 43 mengakui sudah bernikah kali kedua dan menegaskan tidak pernah merahsiakan mengenai perkara itu.

Penyanyi yang cukup popular dengan single terbaru Terima Kasih Cinta itu juga menegaskan, hubungannya dengan isteri pertama Nurul Shafizan Othman, 42, baik dan tidak pernah berdepan masalah seperti apa yang dihebahkan.



Ditemui di sini, sebentar tadi bagi mempromosikan projek terbarunya bersama kumpulan Caravan Of Praise, Andy menjelaskan dia cuba mengambil pendirian tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana bimbang ia akan menimbulkan lebih banyak keburukan. - Metro