Isnin, November 02, 2015

Badan Penuh Tatu; Anak Lakar Tatu Pada Tapak Tangan David Beckham



Bekas pemain bola sepak David Beckham mempamerkan lakaran tatu terbaharunya di tapak tangan yang direka oleh anak perempuannya, Harper Beckham. Seperti dipetik Daily Mail, Harper yang kini berusia 4 tahun itu membuat lukisan khas untuk ayahnya lakar sebagai tatu di anggota tubuh. Selain itu, isterinya Victoria turut memuat naik foto tersebut di laman Instagram bagi berkongsi perasaan gembira mereka. Victoria turut memuji hasil lukisan anaknya itu sebagai seniman kecil sejati.