Rabu, November 11, 2015

Ayu Raudhah Nafi Zaquan Adha Kongkong Karier Seni


Lama tak nampak kelibat Ayu Raudhah yang juga adik kepada selebriti sensasi Che Ta di kaca televisyen, ramai yang menganggap, suaminya Zaquan Adha, yang juga pemain bola sepak JDT, mengongkong karier lakonan aktres tersebut. Bagaimanapun, kesempatan bertemu wartawan hiburan di Anugerah Skrin 2015, Ayu Raudhah memberikan penjelasan sebenar.


“Suami tak pernah menghalang Ayu untuk berlakon, dia sangat memberikan sokongan dalam apa jua bidang yang Ayu ceburi ini termasuklah bisnes yang sedang Ayu usahakan. Cuma sekarang ini Ayu perlu memilih skrip yang sesuai untuk berkarya semula,” katanya yang ditemui di Majlis Anugerah Skrin (ASK 2015).
Dalam pada itu, Ayu telah berjaya menggondol gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 2015 menerusi lakonannya yang mantap dalam filem terakhirnya ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah’.