Selasa, November 10, 2015

6 Tip Menangani Hati Yang Sedang Marah Atau Sakit Hati!



Jika ingin melupakan sesuatu yang menyakitkan hati, mudah sahaja jawabnya! Jangan biarkan perkara yang menyakitkan hati seperti bayang-bayang yang mengekori diri. 



  • Lupakan sahaja perkara yang menyakitkan itu dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang kita gemar lakukan, contoh bermain bowling, anggap saja pin sebagai muka orang yang kita sedang marah, mesti strike punya! Haha...
  • Bergaul. Jangan duduk sendirian, sebab nanti automatik kita akan terfikirkan perkara yang menyakitkan hati itu.
  • Membaca. Bacalah apa-apa sahaja buku. Paling baik buku motivasi atau La Tahzan, untuk kita merawat hati dan fikiran.
  • Boleh juga mendengar muzik dan menonton program kegemaran sebagai platform untuk melupakan alam realiti sejenak.
  • Tidur juga merupakan terapi yang agak baik untuk melupakan tentang perkara-perkara yang menyakitkan hati dan menyemakkan fikiran walaupun hanya bersifat sementara.
  • Dan yang paling bagus, solat sunat, membaca al-quran, berzikir, doa dan adulah kepada Tuhan, kerana Dia yang menciptakan dan mengaturkan setiap sesuatu kepada kita.

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
10/11/15 8:49 PTG delete

Terbaik!!

~Pemerhati Cinta~

Reply
avatar