Isnin, Oktober 19, 2015

Zizan Letak Syarat Enggan Bergandingan Dengan Kamal Adli?


Aktor Kamal Adli pernah dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan percintaan pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong terputus di tengah jalan. Namun, Kamal menafikan dakwaan tersebut walaupun mengakui sedang mengenali rapat pelakon wanita kacukan Melayu-Scotland itu. Kini, tersebar pula khabar angin mengatakan Zizan telah meletakkan syarat yang dirinya enggan digandingkan dengan Kamal menerusi mana-mana naskhah filem mahupun drama.


Menerusi kolum Kak Pora dalam akhbar sisipan Berita Harian B*Pop, dikatakan ada penerbit mendakwa pelawak itu sudah meletakkan syarat enggan terlibat sama sekiranya Kamal turut serta dalam sesuatu penerbitan. Mungkin ini merupakan cakap-cakap orang sahaja, tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. - Mynewshub