Selasa, Oktober 06, 2015

Ziana Zain Tetap Akan Setia Dengan Lagu Bernada Tinggi


15 tahun tanpa album studio penuh bukanlah suatu tempoh masa yang sedikit. Bercakap tentang soal album baharu, Ziana Zain yang sudah memeliki enam buah lagu masih mengunci mulut dan hanya akan berkongsi kepada media dan peminat apabila semuanya sudah selesai kelak. Bagaimapaun, Ziana sempat berkongsi lagu-lagu itu nanti bersesuaian dengan jiwa seiring dengan usianya kini.


Mendengarkan jawapan yang diberikan itu, apakah Ziana sudah sedia melepaskan atau tidak lagi akan menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi seperti mana yang sudah menjadi identitinya sejak menjadi penyanyi rakaman pada 1992.

Dengan pantas, bekas pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album Setiaku Di Sini ini menjelaskan: “Itu adalah sesuatu yang saya tidak boleh elakkan kerana itulah apa yang peminat mahukan. Lagu bernada tinggi akan tetap ada namun, ia perlu mengikut kepada kesesuaian dan keselesaan saya juga.” Kata Ziana akhiri bicara. - The Rakyat Post