Khamis, Oktober 01, 2015

Zahid Hamidi Tak Belanja Satu Sen Sekalipun Untuk Perkahwinan Anak Lelaki Sebelah Perempuan



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak membelanjakan satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di Jakarta pada bulan lepas. Beliau berkata sebaliknya, kos majlis itu ditanggung oleh besan Indonesianya, yang diadakan semasa lawatan rasmi Ahmad Zahidi ke negara itu.


“Lawatan saya pada tarikh 18 hingga 21 bulan lepas, adalah lawatan rasmi. Dan anak saya berkahwin dengan seorang gadis Indonesia di Kuala Lumpur sebelum itu. Besan saya adalah seorang ahli perniagaan Indonesia.

“Selepas mendapat tahu bahawa lawatan rasmi saya dijadualkan dari 18 hingga 21, beliau (besan saya) telah mengaturkan supaya majlis perkahwinan untuk anaknya diadakan pada 19 September.

“Saya tidak membelanjakan sesen pun wang dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Kerana itu adalah sebelah perempuan. Saya tidak membelanjakan sesen pun wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. - Awani