Sabtu, Oktober 17, 2015

[Video] Puting Beliung Di Kota Kinabalu


Penduduk di Kampung Pasir Putih, Putatan, di sini, gempar seketika dengan kemunculan puting beliung kecil selepas hujan lebat kira-kira 6.30 petang tadi. Penduduk, Mohd Hassanul Ariffen Ahmad, 30, berkata ketika kejadian, dia baru pulang daripada bermain futsal dan terkejut apabila terdengar jeritan penduduk yang melihat puting beliung.



"Saya sempat merakamkan kejadian ini dan syukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku walaupun jarak puting beliung itu hampir dengan kediaman penduduk kampung. "Jarak antara puting beliung dengan saya hanya sekitar lima meter saja," katanya ketika menghubungi Harian Metro, sebentar tadi.