Sabtu, Oktober 17, 2015

[Video] Lelaki Biadap Tampar Pekerja Bangladesh Jadi Viral


Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin. Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen selepas rakaman itu menjadi viral media sosial. Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.


Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya. Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu beberapa kali. Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dirujuk kepada hospital.


“Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit,” tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu. Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 10,000 penguna Facebook dan mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki itu. - Free Malaysia Today