Jumaat, Oktober 02, 2015

[Video] Decider Set Tiebreaker; Venus Williams Versus Roberta Vinci Drama In Wuhan Open 2015 Semifinals



Biadap. Tak ada etika kesukanan. Itu antara gelaran kritikan yang diberikan kepada finalis Terbuka US 2015, Roberta Vinci yang gagal mara ke final Terbuka Wuhan 2015, pada petang Jumaat. Terdahulu, Vinci mengejar Williams yang mendahului 3-0 dalam set pertama sebelum memenangi set itu 7-5. Venus kemudiannya mengejar di set kedua dengan mata 6-2. Sebelum masing-masing memberikan aksi terbaik sehingga menemukan pada tie break set penentuan. Ketika aksi tie break, Vinci dilihat mengeluarkan kata-kata yang dikategorikan sebagai kurang ajar kepada Venus Williams, dan apabila Venus berjaya mengatasi Vinci pada perlawanan itu, pemain tenis wanita dari Itali itu dilihat acuh tidak acuh memberikan salam. Barangkali angan-angan Vinci sangat tinggi untuk mengalah adik-beradik Williams secara berturutan. Apapun kejayaan ini juga dikatakan Venus berjaya membalas 'dendam' kekalahan adiknya Serena kepada Vinci pada separuh akhir Terbuka US pada bulan lalu.