Isnin, Oktober 05, 2015

Uji Template Baru; Loading Lambat?


Loading blog berat? Terus terang Muz tak dapat nak nilai sendiri loading blog Nakhoda Nurani. Dah lebih 5 sumber untuk sukat berat dan tempoh loading blog yang Muz dah guna, tapi sayangnya setiap satu itu maklumatnya berbeza. Lebih membuatkan keyakinan tak ada apabila guna satu tools yang sama test lebih daripada sekalipun, keputusannya berubah-ubah. Muz bukan saja analisis blog Nakhoda Nurani, tapi dalam masa yang sama Muz selidik sama 5-7 buah blog lain yang popular di Malaysia. 


Hasilnya tidaklah begitu membanggakan. Kalau nak bandingkan template baru ni dengan template lama rasa macam tak adil. Template lama dua column, yang baru ni 3 column. Template lama tak ada homepage yang terancang macam yang baru ni. Template lama tak ada ruangan page. Template lama tak ada efek seperti yang ada dalam homepage template baru. Template lama tak ada ruangan search dan beberapa benda lagi. Jadi macam tak adil kan nak banding yang lama dan baru ni.

Sebab utama Muz bertukar sebab template ni template responsive. Yang boleh berubah ikut kesesuaian gajet yang digunakan untuk membuka dan membaca blog ni. Muz gunakan Streamyx pakej 1Mbps saja. Dan kelajuan minimum ini tak sampai pun 30 saat untuk loading habis, kalau lama sikit nak muncul atau habis pusing pun disebabkan iklan Nuffnang. Dalam telefon bimbit pula Muz langgan 500MB Maxis prepaid plan, dan guna untuk blog, fb, twitter, instagram dan lain-lain, memang tahan pun pakai sebulan.

Jadi kesimpulan kecil untuk permulaan ini, perubahan template ini bagi pandangan peribadi masih boleh diterima. Apatah lagi perbandingan speed and loading test yang Muz buat kepada beberapa blog terkenal dan blog-blog yang menggunakan template responsive lebih kurang macam Muz ni resultnya hampir sama saja. Harap pembaca blog boleh terima perubahan ini. Dan andai rasa loading template baru ni terlalu lama, dan anda tidak berminat lagi singgah ke sini, mohon berikan komen secara ikhlas, dan Muz akan pertimbangan sewajarnya jika punya kelapangan waktu.

Terima kasih.