Jumaat, Oktober 16, 2015

Tomok & Aril Sambung Ijazah Di UUM



Dua penyanyi iaitu Tomok dan Aril berjaya meluaskan lagi tahap pendidikan masing-masing selepas diterima sebagai salah seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi Oktober 2015.



Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, dia menerima surat tawaran tersebut pada Isnin lalu selepas mengambil beberapa ujian kemasukan dua minggu lalu bersama dua penyanyi tersebut.


"Tambah manis apabila mengetahui rakan saya Aril turut diterima sebagai salah seorang penuntut program sama," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.