Isnin, Oktober 26, 2015

Tidak Tahu Bercinta Punca Pelakon Redza Rosli Tak Terima Watak Hero


Mungkin bagi sesetengah pelakon baru lain mengejar peluang watak utama sebagai tanda memperkukuhkan nama, bagaimanapun pelakon Redza Rosli berusia 23 tahun ini mengakui masih belum yakin menyandang karakter hero.


“Saya lebih suka jadi pelakon pembantu dan belum yakin pegang watak hero. Bagi saya watak pembantu juga mampu membantu untuk menyerlahkan jalan cerita dalam drama. Ada juga tawaran menjadi hero, tetapi saya hanya akan terima jika benar-benar yakin merealisasikannya.


“Kalau watak hero selalunya akan ada babak cinta sedangkan saya tidak tahu bagaimana untuk bercinta. Sebab itu rasa kurang yakin. Saya perlu berkawan dengan ramai wanita supaya boleh fahami tentang cinta dan hati seorang kekasih,” ujar Redza.