Isnin, Oktober 12, 2015

Tetak Guru Dengan Kapak Kerana Sering Dimarah Di Sekolah


Hiasan

Seorang pelajar berusia 15 tahun di Jakarta yang berang kerana sering dimarahi gurunya bertindak menceroboh rumah wanita itu sebelum menetak mangsa dengan kapak. Serangan pada awal pagi kelmarin itu menyebabkan, Muryanah, 23, yang bertugas di sebuah sekolah vokasional di Tangerang dekat sini cedera parah di kepala. Ibu Muryanah, Sri Astuti, 43, juga cedera dalam serangan tersebut ketika dia cuba melindungi anaknya, menurut media tempatan.