Isnin, Oktober 12, 2015

Suami Akui Telah Lafaz Cerai, Annahita Ke Luar Negara


Rumah tangga yang dibina pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, 33; dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd. Arshad akhirnya menemui jalan nokhtah. Menurut laporan Harian Metro, Saiful memberitahu, dia melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.


“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung. “Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang.“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” katanya.