Isnin, Oktober 12, 2015

Sinopsis Drama Alaa Bib; Iris TV3


Suatu hari, Bibah mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bibah menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Luqman (Ammar Titan) yang sangat menyukai Bibah. Lebih malang lagi, Bibah dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bibah untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.


Bibah kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bibah untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bibah, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2, 000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Adakah strategi Bibah untuk mendapatkan lelaki kaya akan berjaya? Jangan lupa saksikan rencana Bibah untuk menjadi kaya dalam drama Ala Bib setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris TV3. Alaa.. Bib turut dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Syafiq Kyle, Sheila Mambo dan ramai lagi.