Rabu, Oktober 28, 2015

Sikap Nelayan Thailand Bantu Pelancong Norway Dipuji Netizen



Sikap  terpuji seorang nelayan Thailand membantu dua pelancong asing yang tersekat dalam lumpur di sebuah pantai di Krabi meraih pujian netizen dan menjadi viral di negara itu, baru-baru ini. Melihat kesukaran dua pelancong dari Norway itu, nelayan itu kemudiannya terus membantu dengan mengalihkan terlebih dahulu tripod, kamera dan beg pelancong terbabit sebelum membantu mereka. Nelayan baik hati itu kemudian meniarapkan dirinya agar pelancong itu boleh berpaut dan berdiri bagi menyelamatkan diri.