Khamis, Oktober 01, 2015

Shaheizy Sam Tak Kisah Malukan Diri Sendiri Pakai Baju T Murah



Pelakon Shaheizy Sam menganggap langkahnya hadir pada majlis-majlis hiburan dengan hanya memakai baju T untuk mempromosi filem Polis Evo berbaloi apabila karya tersebut berjaya mengutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya. Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, berkata, biarpun dia pernah dianggap tidak menghormati majlis, namun dia sedar apa yang dilakukannya itu sedikit sebanyak membantu memperkenalkan filem tersebut.


"Ada orang cakap saya tidak hormat majlis kerana pakai baju T murah di majlis-majlis hiburan antaranya ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) baru-baru ini. "Orang ramai cuma nampak pengorbanan saya kuruskan badan sahaja, tapi mereka tidak tahu itulah sebenarnya (berbaju T) pengorbanan saya yang orang tidak nampak, biarlah orang cakap saya malukan diri sendiri di majlis-majlis hiburan," ujarnya kepada mStar Online pada sidang media filem Rembat, di Cineleisure, di sini, pada Selasa.