Isnin, Oktober 19, 2015

Shah Rukh Khan Terima Anugerah Doktor Kehormat University Of Edinburgh



Bintang filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menerima anugerah doktor kehormat daripada University of Edinburgh pada Jumaat lalu. Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor universiti berkenaan, Puteri Anne. Bintang lagenda berusia 49 tahun itu menerima ijazah doktor kehormat sebagai penghormatan atas sumbangan besar beliau dalam dunia perfileman serta kerja-kerja amalnya kepada masyarakat.



Antara pencapaian hebat Shah Rukh Khan ialah membintangi lebih daripada 80 buah filem Bollywood, membawa tenaga solar ke kampung-kampung luar bandar di India, mewujudkan wad kanak-kanak di sebuah hospital di Mumbai serta menyokong dana untuk membantu kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004.

1 Komentar:

Write Komentar
19/10/15 4:32 PTG delete

Assalamualaikum Tuan empunya blog, engku . I dtg sini. hehe. jemput baca entry terbaru ttg EMAS EMAS & EMAS. In sha Allah bermanfaat utk semua http://fifiy-fitrianiee.blogspot.my/2015/10/mula-mengumpul-emas-perlukah.html

Reply
avatar