Ahad, Oktober 25, 2015

Senarai Lagu Konsert 2 Gegar Vaganza Musim 2; Tema Aku Dan Lagu


Otai Masih Berbisa! Eh, tu Kilauan Emas, lah! Hehe... Gegar Vaganza antara program realiti nyanyian melibatkan penyanyi profesional yang cukup popular ketika musim pertama bersiaran. Bagaimanapun, musim pertama yang lalu merupakan tayangan yang terlebih dahulu dirakam, malah ada wartawan senior telah membocorkan keputusan hingg ke peringkat separuh akhir membuatkan thrill rancangan tersebut menurun. Bagaimanapun, untuk musim kali ini, konsep tayangan adalah secara langsung! Jadi, lagilah best kan? Krik krik :P


Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta Gegar Vaganza Musim 2 pada minggu ini, Konsert 2. Siapa yang dapat hit note, siapa pula yang akan pancit, sama-samalah kita tengok nanti! Kalau minggu lepas tak ada peningkiran, macam mana pula dengan minggu ini? Sama-sama kita nantikannya!