Isnin, Oktober 05, 2015

"Selamat Pulang! PM Najib Wira Negara Dan Keamanan Sejagat" - 1000 Penyokong Menanti Di KLIA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air hari ini setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York, dengan lebih 1,000 orang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada 9.55 pagi.


Penyokong-penyokong yang begitu bersemangat menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu tiba di perkarangan kompleks itu seawal 7 pagi.

Mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang tertera "Selamat Pulang Wira Negara dan Keamanan Sejagat", "Najib Razak Pejuang Keadilan Terhadap Palestin dan Umat Islam", "Allah Selamatkan Najib, Allah Selamatkan Palestin" dan "PM Najib Help Palestine, Save Syrian Refugees, We Are With You". - Awani