Khamis, Oktober 22, 2015

Sekolah Tutup Sebab Jerebu; Guru Kena Kutuk Dan Kritik Oleh Netizen


Kasihan pula dengan insan yang dinamakan pendidik atau mesra dengan panggilan cikgu. Apabila kerajaan mengumumkan sekolah diberikan cuti akibat masalah jerebu yang serius, maka ramai yang tak puas hati dengan cikgu. Berikut antara alasan, hujah, dan kritikan yang dilemparkan musim jerebu ini di seluruh negara menerusi laman sosial oleh netizen.


  • Untunglah, cikgu cuti lagi.
  • Budak dengan cikgu saja nafas guna paru-paru, yang lain guna insang.
  • Ibu bapa terbeban jaga anak bila sekolah tutup.

Itu baru sedikit, dan tak pedas manapun. Kementerian punya alasan tersendiri kenapa sekolah perlu ditutup. Tak nak sentuh hal itu panjang lebar, kalau rasa nak tahu pergi cari sendiri. Berkenaan cikgu pula, sekolah tutup tak bermakna cikgu tak perlu hadir ke sekolah. Perkara ini bergantung kepada pengurusan Ketua Jabatan, iaitu pengetua.


Bukan semua cikgu kerjanya goyang kaki, bila dapat cuti. Macam-macam kerja yang dilakukan oleh guru di luar bangunan yang dinamakan sekolah, dan serasanya tak perlulah ditulis panjang jela. Malah, ada guru yang tetap ke sekolah seperti biasa meskipun sekolah ditutup untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, keputusan itu bergantung kepada budi bicara Ketua Jabatan.



Sebenarnya, tak perlu pun nak pertahankan golongan cikgu ini, sebab yang mengutuk mereka di laman sosial itu nampak sangat kurang kasih sayang dan ada masalah hati.  Tapi bahagian, ibu bapa terbeban apabila sekolah tutup tu, bila cuti sekolah panjang, hantar anak ke mana ya? Baru tahu, sekolah dah jadi nurseri free untuk sebilangan ibu bapa, patutlah hantar juga anak ke sekolah, meski ada yang sakit tersandar lemah di sofa! Huh, kasihan kalau dapat emak ayah dalam sebegini rupa!

3 Komentar

Write Komentar
22/10/15 5:08 PTG delete

Tak faham lah dgn sebilangan masyarakat ni. Time jerebu bila tak bagi cuti kang bising. Bila bgai cuti pun bising.. Serba serbi tak kena. Cubalah belajar bersyukur sikit.

Reply
avatar
24/10/15 10:42 PG delete

Boleh je nak buka sekolah waktu jerebu dengan SYARAT....SEMUA SEKOLAH DI MALAYSIA NI DILENGKAPI DENGAN AIRCOND SETIAP BILIK DARJAH.....setuju tak? ##kekadang kipas pun tak berfungsi ##

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25/10/15 11:48 PG delete

agaknya, yg mengutuk guru/cikgu tu, tk pernah p sekolah kut..lahir2 dh jdi doktor, lawyer, engineer..betullah pepatah kacang lupakan kulit..bila hasad dengki penuh di hati, apapun tkda yg betul..hari ni cikgu dipersalahkan..esok entah sapa pulak..

Reply
avatar