Isnin, Oktober 26, 2015

Sado Tak Bermakna Straight; Aksi Gay Bercium Di Wangsa Maju Jadi Viral


Baru-baru ini, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak telah menjadi viral.


Pada asalnya, pihak penyelenggaraan di kondo terbabit dikatakan hanya ingin menyiasat bagaimanakah salah satu pintu lif di kawasan tersebut mengalami kerosakan yang teruk. 


Menerusi video yang berdurasi 1 minit 33 saat itu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak menyedari aksi ‘mesra’ mereka telah dirakam kamera CCTV. Tersebarnya video itu menyebabkan netizen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lelaki terbabit yang songsang dan melakukan vandalisme.