Rabu, Oktober 14, 2015

Rahsia Fahrin Ahmad Jarang Dapat Komen Negatif Di Instagram



Jika segelintir selebriti popular sering menerima komen berbentuk negatif di Instagram mereka, pelakon Fahrin Ahmad pula sehingga kini jarang mendapat komen-komen buruk di akaun laman sosial itu.

Fahrin, 36, mendedahkan, antara perkara yang dielakkan ialah memuat naik gambar yang akan menimbulkan perspektif negatif kepada mana-mana pihak.


"Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah, bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga.

"Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.

"Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi," katanya kepada mStar Online.