Sabtu, Oktober 10, 2015

Putus Kasih; Nelydia Senrose Tak Musuhi Qi Razali


Pelakon Nelydia Senrose menegaskan tidak pernah memusuhi bekas teman lelakinya, Qi Razali walaupun hubungan cinta di antara mereka telah berakhir baru-baru ini.Nelydia, 21, berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian namun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.



"Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan."Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut," katanya. - mstar